TIba2 terasa mcm lama x tulis blog. Sekarang tgh kui 12.17am nih, aku patutnya dah tido..esok nak start keja dah. Dah la dateline aku set Jumaat ni, tp fixes byk lagi..gila ka apa diorg ni. Agaknya ni la kot hasil dari projek yg berterabur dan buat sesuka hati. Tp xpalah, tu bukan masalah aku..buat je keje yg diberi, harap2 cepat la aku kuar dari team tu, supaya aku kembali ke team asal aku..lebih selesa.

Baru2 ni aku agak obses sket pasai katana. Beberapa minggu yg lalu, aku start balik main Sword of the Samurai yg dah lama dah aku habiskan, tp saja for the sake nak tgk katana sebenar yg ditunjuk kt dalam game tu bila kita dah bunuh Kengo-kengo tu (Kengo merujuk kepada pahlawan pedang yg hebat dalam aliran Kendo).

 

 

 

Yamato in Devil May Cry

Pedang2 mcm Bizen Ichimonji, Raikuniyuki, Mitsutada, semuanya mmg wujud dalam sejarah Jepun. Tp semua tu hanya permulaan. Minat aku yg sebenar adalah utk memiliki Yamato mcm dalam game Devil May Cry, mmg mantap!! Tp setakat ni aku hanya mampu memiliki sebuang pedang kayu yg aku beli masa aku p kenduri kwn aku kt Johor dulu (tgk post sebelum ni).
Sbb harga pedang ni sgt mahal, dan satu lagi aku xtau la kalu ada undang2 pasai memiliki pedang biarpun tumpul, dikira salah ke x..tp cantik siot pedang ni, especially handle wrapping dia. Besi pedang tu standard katana biasa ja, wrapping tu yg mahal tu..hehehe..harapan tinggal harapan je la XD

Comments No Comments »

Jumaat, 6.3.2009

Hari ni aku amik cuti sehari, memandangkan aku, Cd dan Fardale awal2 dah plan nak gerak dari Pulau Pinang lepas solat Jumaat, dalam kui 3.00pm - 3.30pm mcm tu, takut jam kt jambatan kalau lambat sgt, nanti kena gerak waktu malam..confirm mak aku marah punya. Lagipun kami gerak awal sbb nak amik Merly kt Alma, maka kalau bertolak sekarang, sempat la sampai kt rumah dia dalam kui 4.00pm - 4.30pm.

 

Kami semua gerak dari rumah Merly dalam puku 5.00pm+. Ada sorg kwn Merly pun tumpang gak, dia setakat nak pergi KL je, pastu dia jalan sendiri. Sepanjang perjalanan tu, sempat la kami berhenti sekejap kt Kawasan Rehat Tapah sbb ada org teringin nak makan Dunkin Donuts (Fardale la ni ;p). Tp last2 tak p makan pun, sbb tiba2 si Cd ajak p makan best sikit bila sampai kt KL, sbb adik dia kebetulan x makan lagi (adik dia dok kt rumah sewa di KL), jadi dia nak bwk la adik sekali p makan terus. Selebihnya, kami p makan dan p tumpang tido kt rumah abg Cd.

 

 

Sabtu, 7.3.2009

Awal2 pagi dalam kui 10.00am, kami dah gerak dari rumah utk pegi ke Jalan Masjid India. Hari ni hari akad nikah Intan Izafina, tp sbb majlis dia berlangsung dalam waktu tengahari, jadi si Cd dan Fardale ada rancangan tersendiri di waktu pagi ni. Diorg berdua pegi ke bangunan Mara utk buat fitting baju akad nikah (atau baju kawin?) sementara aku, Merly dan adik Cd berjalan2 di Sogo. Kt situ mmg standard shopping place, sesuai utk dak2 perempuan la..utk aku, jadi blur xtau nak wat apa. Nasib baik dalam 15 minit lepas melepak di Sogo, Cd dan Fardale dah siap dengan kerja mereka. Sekarang diorg nak pegi kedai tudung Ariani plak, maknanya kena berjalan jauh la sikit dari tempat kami sekarang. Sempat la kami singgah Kedai Hari-hari la, Kedai Harisons la, semuanya tempat dak2 perempuan punya brg. Bertambah blur la aku..

 

Dalam kui 2.00pm, kami semua bertolak ke rumah Intan. Berdasarkan peta yg telah dilukis oleh Cd, rumah dia berada di Sri Permaisuri-apa-ntah, ada dua tempat yg ada nama ‘permaisuri’, jadi aku pun dah confuse. Setelah berputar sana berputar di sini, dan hampir2 terlepas jalan, jumpa la gak pintu masuk ke kawasan rumah dia. Rupanya tmpt dia sebuah kompaun yg ada rumah-rumah yg berpagar dan dijaga seorang pak guard di pintu masuknya. Serupa apartment yg ada pak guard, tp yg ni utk beberapa kelompok buah rumah. Rumah si Intan ni belah hujung sekali dalam row kedua (atau yg pertama?). Sampai2 je kt rumah dia, kenduri tu mcm dah nak abih dah pun. Ada la beberapa org yg tgh makan lagi. Elok2 kami sampai, mak dia pun jemput kami masuk. Rupanya si Intan tu dah pun tukar baju siap dah, cuma make-up je belum dibersihkan. Sambil2 tu kami pun duduk la bersembang2 dan menunggu sorg kwn kami ni bersiap sekejap. Lepas tu kami makan la kt luar, walaupun masa tu lauk2 pun mcm dah tinggal sekerat je, tp cukup lagi la utk kami semua.

 

Dah abih tu, kami p plak makan kt Sate Kajang. Setelah berputar2, terjumpa 3j kedai besar yg ada nama mcm tu, tp Cd kata dia tau tempat yg original, maka kami pun pegi la ke tempat tu. Nasib baik sate dia besar dan kurang lemak, sesuai utk aku, hehehe ;p. Pastu kami pergi ke One Utama, berjalan2 sekejap. Aku plak mencari buku novel yg x dpt dijumpai di MPH Gurney Plaza. Dapat la sebuah, Star Wars: Darth Maul, Shadow Hunter. Lepas tu kami pun pulang ke rumah dan tido lagi.

 

 

 

 

 

Ahad, 8.3.2009

Hari ni hari kenduri Asmah, kt Layang-layang, Johor. Memandangkan jaraknya yg jauh, kami pun gerak dari rumah kui 8.00am. Sempat singgah di Restoran Jejantas Ayer Keroh utk makan pagi. Aku makan roti bakar bersama telur 1/2 masak dan cappucino (western siot..). Nampak mcm sedap, tu yg nak try tu..huhuhu..kemudian kami pun teruskan perjalanan ke Johor.

 

Kami amik masa dalam 3 jam nak sampai dari KL ke Johor. Kt situ, kami tersesat ‘big time’, sbb peta yg diberi kepada kami tu mmg hampeh. Dia tunjuk simpang tiga, soh masuk kiri, tp sebenarnya simpang tiga ada beberapa, dan dia x specific mana satu. Terlepas la masuk kampung mana ntah, akhirnya kami pun call la kwn kami yg sekejap lagi nak bersanding tu..dia plak lagi blur dgn direction, jadi diorg pun bertukar2 la telepon sambil menambahkan kepanasan kami menunggu respons dari diorg. Lepas tu kami pun ikut la laluan yg kami rasa mcm betui dah, sbb direction diorg bagi tu mcm pening semcm ja..kami lalu kwsn ladang kelapa sawit yg byk, sampai x nampak langsung sebarang bangunan ataupun bandar. Dekat 45 minit - 1 jam kami berpusing2, akhirnya sampai jugak ke rumahnya. Kt situ mmg kwsn Felda, dalam ladang. Tp kenduri dia agak meriah, biarpun kedudukan rumah dia agak dalam. Sempat la kami p makan kejap, jumpa dia kejap, bersembang2 sambil menunggu pengantin lelaki datang. Tak lama lepas tu, pengantin laki pun dtg la, dengan muka yg sgt cuak. Sampai je kt depan halaman rumah, beberapa org pakcik datang menghalang rombongan pihak pengantin lelaki ni, sambil membentangkan sehelai kain putih yg panjang di depan mereka dan meminta bayaran ‘tol’ kalau diorg nak lepas. Aku serius terkejut tgk, tp Cd kata adat org kt Johor mmg mcm ni, sbb kebykan org Johor berasal dari Bugis (ataupun Jawa? Ada satu lagi nama..). Lepas tol pertama, pengantin laki ni diminta duduk sambil menonton aksi silat daripada sorg ahli Silat kampung tu.

 

 

 

 

 

Pengantin laki ni kena pass through beberapa buah tol baru la dia sampai ke pengantin perempuan. Dalam hati aku berfikir, tak malu ke diorg ni meminta2 duit, dah la bukan ahli keluarga pengantin perempuan pun, tp gagah menebalkan muka men’demand’ duit mcm budak kecil mintak duit raya..ack!

 

 

 

 

 

Lepas tu, semuanya pun nampak okay dan kami pun gerak la pulang ke KL. Sempat kami singgah ke Restoran Jejantas Ayer Keroh (lagi!). Mmg favourite tempat aku sungguh, hehehe~ ;p Kt situ, lepas kami menunaikan solat Jamak dan Qasar kami, sempat aku masuk kedai souvenir dan terjumpa sebatang pedang kayu (katana) yg diukir dgn cantik pada sarungnya (scabbard) yang berwarna hitam. Aku pun tiba2 berkenan, sbb masa tu tgh gila dgn aksi sword-swinging-sheathing Vergil dalam Devil May Cry 3 Special Edition. Harga pedang tu RM58.00+, tp aku negotiate sampai dapat RM50.00 je. Mungkin sbb xde org nak beli pedang tu kot.

 

Sampai di KL, dah pun waktu malam. Kami pun pegi kutip adik Cd yg kebetulan nak balik rumah, bwk p makan malam. Sambil kami makan, sempat kami menonton perlawanan Badminton antara Lee Chong Wei dan Lin Dan. Dengan bersemangatnya kami menyokong dia, tp apakan daya akhirnya Chong Wei kalah jugak dgn Lin Dan. Habis tu, kami pun kembali ke rumah dan tido sekali lagi.

  

 

Isnin, 9.3.2009

Hari ni hari last, kami pun dah nak balik ke Pulau Pinang balik, esok keja daa. Pagi2 kami p makan breakfast kt Dunkin Donuts, tak jauh dari rumah adik Cd. Sempat la aku balun Latte satu dan seketul sandwich, dan simpan 2 donuts utk makan sepnjg perjalanan. Lepas tu dalam kui 11.00am, kami pun gerak pulang. Kali ni, utk save minyak dan tol, kami lalu jalan lama melalui Tanjung Malim (kot?). Sambil lalu jalan lama, kami pun sempat la singgah kt Kolej Matrikulasi Gopeng, tempat matriks Fardale dulu. Cantik tempat dia, atas bukit. Sejuk plak tu. Pada dasarnya Fardale nak jumpa lecturer dia yg dia rapat dulu, tp kebetulan lecturer tu ada kt Lumut plak time tu, jadi x tercapai la hajat. Akhirnya, kami kuar dari Tol Jelapang, terus ke R&R Sungai Perak utk makan dan solat. Sempat la kami sampai ke rumah dalam kui 8.00pm mcm tu. Tp penat gila, x larat langsung nak kuar makan mlm. Akhirnya kami pun tertido la kt dalam rumah sewa kami, esok ntah mcm mana la nak p keja, hahaha XD

Comments No Comments »

Aku kutip tag ni dari Mard, kwn ex-sekolah Asma, punya blog (Ai Dee Ya). Nampak mcm menarik ja, maka aku pun amik la tanpa berfikir panjang. Lagipun skg ni tgh menunggu verification flow aku abih, mungkin beberapa minit lagi siap la. Sementara menunggu, bleh la try tag aku yg pertama ni.

—————————————————————–

Rules: It’s harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag 10 people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real…nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.

Have fun!

1. What is your name? Mohd Fariz bin Abu Bakar
2. A four letter word: Moss (ni terpengaruh dgn game Thief la ni)
3. A boy’s name: Muzani (terdengar org menyebut nama ni kt dalam opis)
4. A girl’s name: Mardhiyah (aku buh nama ang je la Mard noh?)
5. An occupation: Mask Designer (ni keja aku la ni ;p)
6. A color: Magenta
7. Something you wear: M-size T-shirt
8. A food: Marry Brown (bleh tak?)
9. Something found in the bathroom: Mangkuk tandas
10. A place: Melaka
11. A reason for being late: Main game (baru2 ni main Crysis ;p)
12. Something you shout: Mampuih la..
13. A movie title: Missing
14. Something you drink: Milo
15. A musical group: Mustang (ntah ada ke x..mcm penah dgr)
16. A street name: Masjid Negeri street
17.. A type of car: Myvi (keretaku..)
18. A song title: Mr. Brightside by The Killers
19. A verb:Maul

Comments 2 Comments »

Baru2 ni aku selalu layan lagu The Killers - Human. Nama group dia ni mcm ganas, the killers, tp lagu dia sedap sungguh..aku rasa lagu dia yg bertajuk ‘Human’ ni, merujuk kepada isu persekitaran yg sering berlaku baru2 ni..mcm peperangan, pemburu haram, pencemaran alam sekitar dan mcm2 lagi..

Ada org komen kata lagu ni merujuk kepada manusia sekarang ni, yg kebyknnya seperti menjadi patung boneka kepada org2 tertentu yg lebih berkuasa..oleh itu, diorg samakan patung boneka=puppet=dancer (dalam lyric tu ada sebut, “Are we human, or we dancer?”, jadi maknanya pun lebih kurg kepada org2 yg mementingkan diri sendiri dgn menerima rasuah dan dikawal oleh org tertentu yg lebih berkuasa supaya membiarkan keadaan yg aman di dunia menjadi kecoh..ataupun tidak selamat utk didiami..

 

Kalau tgk berita, mmg byk pun benda2 mcm ni..haha, pasrah ja la..oleh itu marilah kita melayan lagu ni, yieha~~ XD

Comments No Comments »

Ada sesapa x sebelum ni dia penah bwk keta ke mana2 dan secara tak sengaja terlanggar kucing di tengah jalan? Baru kemarin kejadian sedemikian rupa menimpa aku..

 

Ceritanya bermula pada waktu petang selepas waktu kerja aku dah abih, aku bertolak balik lebih awal dari biasa sebab keja aku dah abih..dalam 4.45pm mcm tu..aku sempat la solat Asar sekali kt dalam surau kt opis aku..lepas tu aku pun drive la kuar dari perkarangan opis aku, planning nak menuju ke tempat membasuh kereta sbb dah lama x basuh..terlalu kotor..tak sangka selepas aku kuar dari pagar opis aku, jalan depan sikit..tayar belakang aku mcm terlanggar sesuatu mcm batu..tp masalahnya ada bunyi crack, maka aku pun memandang la ke side mirror sebelah kanan aku, dan melihat seekor kucing menggelupur kt tengah jalan..aku xtau nak buat apa sbb terlalu terkejut, aku terus drive ke depan tanpa melihat ke belakang..lepas tu tgh2 jalan..terbayang2 keadaan kucing tu..Ya Allah kesiannya dia..x sangka selama ni aku berusaha mengelakkan kereta aku dari melanggar kucing ketika mereka melintas secara tiba2..akhirnya aku gagal juga..tak aku sangka dia akan melintas jalan di tengah2 kereta aku..sampai sekarang aku masih terbayang2kan kucing yg aku terlanggar tu..uh uh..

 

Kucingggg!!!!!!!! Ampunkan akuu!!!!! Huwaaaaa~~~~~ T_T

Comments 2 Comments »

Beberapa minggu yg lalu, aku bersama kawan2 ex-USMKKj, yang kebanyakannya buat MSc kt USMKKj lagi, pergi buat barbeque kt Monkey Beach. Sebenarnya, awal2 diorg ckp Pantai Kerachut, dan byk khabar yg mengatakan Pantai Kerachut tu cantik, best dan mcm2 lagi pendapat positif mengenainya. Aku pun beriya2 la nak pegi, dah la bersama kwn2 yg mmg dah lama rapat, lagi la seronok~~ tapi rupanya aku dan kwn2 lain sama2 dah tertipu, rupanya pegi Monkey Beach je (nama dia sgt suspicious..).

 

Dalam kui 10.45am++ mcm tu, aku dan 2 org rakan yg lain pegi berjumpa geng2 lain yg join sekali kt dalam USM Induk, depan Pusat Islam. Kami sempat la sembang mcm2, sampai la project planner datang dekat kui 11am++ mcm tu..lepas tu bertolak la ramai2 ke Taman Negara Pulau Pinang (aku pun xtau ada taman negara dalam pulau ni..huhu).

 

Dalam kui 12pm, kami sampai kt Taman Negara tu..menunggu bot kejap..sambil2 tu mengambil sikit2..dah ramai yg membawa kamera..mana taknya kebanyakan dah mempunyai gaji dan elaun..mesti la ada duit lebih nak beli kamera..dalam beberapa minit kemudian, kami pun naik la bot..yg peliknya jalan nak p ke bot tu ada 2 lane..satu lane yg sgt elok, satu lagi lane yg buruk, dgn kayu lama mcm nak patah bila2 masa..diorg soh kami lalu lane yg buruk, padahal lane yg elok tu ada..cuma ada sign ‘tak dibenarkan masuk’. Sep tui diorg nih..

Hah, masa ni la aku baru tau yg kami semua akan p Monkey Beach dan bukan Pantai Kerachut..masa naik bot tu la, aku tanya2, last2 diorg ckp p Monkey Beach..aku pun kecewa la..dengar bunyi Monkey Beach pun aku dah start memikirkan benda2 yang pelik..Monkey Beach = Pantai Monyet = Cinta Monyet = Adegan Monyet? Kalau Shahrill baca ni abih la aku..wahahaha XD

 

Bila sampai ke pantai tu, tgk2 takdak jeti..hampes betui..bot aku naik tu takleh nak stop sampai ke pantai, sbb besar sgt..last2 kami kena terjun masuk ke dalam laut, angkat brg satu per satu..abih seluar yg aku baru pakai..sob sob..kalau aku tau kena terjun laut seawal ni, mesti la aku dah pakai seluar tracksuit ke..seluar pendek yg cukup utk menutup aurat ke..takde la aku basahkan seluar elok aku dgn air laut..zzzzzzzzz..

Bila dah sampai ke tepi pantai, kami terus pasang alat2 barbeque dengan cepat..ada dua tempat utk bbq, satu yg moden dgn menggunakan alat pembakar beroda (ala, mcm selalu tgk org buat bbq kt belakang rumah tu..yg tu la). Satu lagi tempat barbeque adalah dengan menggunakan teknik tradisional, guna batu dan jaring besi ja..aku join pihak yg tradisional ni, sbb nampak lebih original..tp masa utk kami nak panaskan arang lebih lama dari yg moden..jadi yg moden tu masak lebih awal dari kami..tp takpa, sbb bila arang kami dah panas elok, ayam kami yg dimasak dgn lebih baik berbanding dgn yg moden punya..he he he..

 

Selepas sejam camtu, dak2 lain dah start memandang laut, beberapa org dah pegi ke arah tempat org naik motor bot yg menarik bot berwarna kuning yg kami dok panggil ‘banana split’..aku pun taktau mai mana idea tu, tp bila tgk lama sket, patut la diorg panggil camtu..bot kuning tu takde lubang utk duduk..dia cuma sebatang bot, pastu penumpang dok direct atas batang bot tu..mmg pisang sungguh la..ke ke ke..

 

Yg lain terjun laut ja, setakat berjalan2 dan berpura2 berenang di tepi pantai yg cetek..aku xleh nak terjun laut dah, sbb satu2nya baju backup aku yg nak digunakan utk mandi laut dah dipakai utk ganti baju dan seluar aku yg dah basah tadi hasil dari terjun ke dalam laut lebih awal dari jangkaan masa turun bot tu (darn you big boat..). Terpaksala aku memandang je aksi diorg berenang dan melompat2..ruginya aku x bwk baju lebih byk =.=”

 

Terlupa plak nak kata, pantai tu mmg x byk org..ada la beberapa org putih dok sun tan kt situ..tp lepas tu diorg pun lesap..aku ingatkan pantai2 mcm ni ada la ramai org nak dtg time2 weekend..tp rupanya kurang popular..ada plak kwn aku sorg bersama girlfren dia berjalan jauh ke tempat lain, jauh dari pandangan org ramai..membuatkan majoriti daripada kami memikirkan sesuatu yg pelik sedang dilakukan oleh mereka (patut la nama tmpt ni Monkey Beach..omg…). Akhirnya kami pun buat bodo je la, menganggapkan diorg pegi ke tandas ke apa ke..walaupun situ mcm takde tandas..lengang ja..surau pun takdak..terpaksa kami solat kt bwh pondok buruk yg pernah digunakan oleh org dulu utk buat bbq..(sigh)

 

Dalam kui 4.00pm++, kami pun bersedia nak pulang..aku pakai je baju yg tgh aku pakai skg, sbb baju dan seluar aku yg lain masih lagi lembab..kami pun kemas2 la barang..byk gila brg..pastu teringat nak kena angkat semua sekali naik atas bot..lagi gila, huarghh~~ tp last2 angkat la gak..dan beberapa org dari kami xnak naik bot..sbb diorg nak hiking melalui jalan yg telah disediakan utk pengunjung2..aku masa tu dah malas nak berjalan sbb penat, aku naik je bot tanpa sebarang hesitation..sekejap je sampai ke taman negara tu balik, dalam 10-15 minit..kami bertolak dari taman negara tu dalam kui 5.00pm dan sampai rumah aku dalam 5.45 - 6.00pm..masa tu aku dengar kata, diorg yg hiking tu masih belum sampai ke destinasi lagi..lama gila, rupa2nya dekat kui 7pm baru diorg sampai..lama gila, dekat 2 jam tu..nasib baik aku x ikut..

 

Akhirnya mlm tu aku collapse, penat nak mampus..pagi esok tu, lembik nak pegi keja..adeh, mmg takleh wat trip mcm ni pada hari Ahad la..siot tul >.

Comments 2 Comments »

Baru2 ni kawan aku tegur, kata aku ni selalu sgt baca surat khabar waktu tgh2 malam..time2 nak makan dinner. Dah dekat makan malan baru nak p beli paper, diorg kata dah lewat sgt dah tu, tu berita 2 hari lepas..by that time kat internet berita dah updated jauh dah..

 

Tiba2 aku terfikir, ada ke org yg buat mcm aku nih eh? Tgh2 malam, waktu nak p makan malam tu..baru aku p beli paper (if I see one). Tp aku buat kering je, baca mcm biasa ja..tidak mempedulikan org2 disekitar kalau2 diorg nak komen ke apa..ala, bagi aku..asalkan bahagia sudah..x kacau hidup org lain..sekurang2nya baik dari dulu, sampai x baca paper langsung..apa pun xtau, apa jadi kt dunia pun xtau..nasib baik aku baca gak paper ni (walaupun lambat), sekurang2nya tau gak pasai nasib org2 Palestin di Gaza, pasai ketidakstabilan politik di Perak yang skg ni bertukar2 MB dan assemblymen bertukar2 parti, pasai Chong Wei dan perlawanan All England yg akan berlangsung x lama lagi, pasai Manchester United menang 4-1 semlm lawan ngan Chelsea (ataupun Liverpool? Aku pun x ingat) dan mcm2 lagi..lambat pun lambat lah, asalkan aku tau berita sudah..

 

As usual, hari ni sebelum makan mlm aku p cari suratkhabar NST yg selalu aku baca..pastu sambil menunggu makanan sampai di meja, aku baca la beberapa mukasurat..kdg2 aku merasakan ada org mcm menjeling2 ke arah aku..almost like perli..tp mungkin aku je kot yg terlebih rasa…hehehe XD

Comments 2 Comments »

After reading Lutfi’s blog post about Hot and Cold, suddenly I remembered about the video about Hot and Cold parody in YouTube. There are a lot of them inside YouTube, and normally the first thing I’d be looking for in Youtube is the parodies.

I wonder, who else like to watch parodies? The movies like Scary Movie, Meet the Spartans, SuperHero Movie and Disaster Movie are some of my favourite (although I haven’t watch the latter). But unfortunately, only some of my friends are willing to go and watch with me in the cinemas. Currently, none of my friends here wanted to go and watch them cos they couldn’t stand the movie (probably too exposed or too many ‘loq-laq’ behaviours). Hah~ but I only see those as a fun, American-like type of movie which make me laugh all the time.

Try and watch the one I pasted inside this post, title Womanizer - Parody. There’s another one in my Profile, title James Blunt Parody - She’s Beautiful, I Swear..

Comments 2 Comments »

NOTE

This post was suppose to be published before the ‘Back to Hometown’ post, but somehow I made a mistake by writing into a page rather than into a post. Apologies for the backdated post ;p.

——————————————————————

Haha, actually I’ve gotten my hands on the new PC 2 weeks ago. Now it’s already the 3rd week. I did told you before about the total budget for the whole system. Seems like I was wrong, cos there are some unexpected things I didn’t include in my so-called complete budget. The new budget is as shown below:

1. CPU - Intel Core i7-920 = RM500.20 (Previously RM492.50)

2. Motherboard - Asus P6T (including 3GB DDR3 RAM!) = RM1,030 (Previously RM1,150)

3. GPU - XFX GeForce 9800GTX+ = RM748 (Previously RM745)

4. HDD - Western Digital 320GB (16M) SATA = RM160 (Previously RM163)

5. Power Supply - Cooler Master Real Power M620 = RM445 (New)

6. Casing - Cooler Master CM690 = RM290 (New)

The new price is = RM3,173.20…which is over my current budget. Although I can still afford this new price, the consequences is underfinanced. Right now I only have RM10 inside my bank, hahaha XD

But anyway, it’s good that I’ve already obtain the new PC. I might not spend much anymore on PC stuff for at least another 5-10 years.

Comments No Comments »

I’m back at home. After 3 weeks staying in Penang, I’m back at home now (not as long as you do haa, Lutfi..hehehe). Due to the Chinese New Year holidays on 26th and 27th January, I got myself 4 days of holiday. But this still doesn’t change much in my recent life. Since 2 weeks ago, I don’t have much work considering my current project is at the end. Most of the time, I’ll go down to the ground floor and play the Wii or pool in the clubhouse, although most of the time a lot of other employees are already there (I guess they’re free as much as me..).

Now, I’m at home, still nothing interesting to do (I just went out, watering the plants outside my house..mom’s direct order). No new games to play in PS2, all new games is in PC, and my PC is in my rental house. Gonna have to find some new ways to get myself something interesting to do..anybody have any ideas??

Comments 2 Comments »